Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun minta pengecualian dari tarif keluli Trump

    TOKYO, 12 FEB – Jepun meminta Amerika Syarikat (AS) hari ini agar negara itu dikecualikan dari tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump terhadap eksport keluli dan aluminium, menurut jurucakap tertinggi kerajaan Tokyo.

    Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus terhadap import keluli dan aluminium bermula 12 Mac, yang mencetuskan reaksi marah di peringkat antarabangsa termasuk dari Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU).

    “Kami menyedari bahawa perintah presiden mengenai tarif tambahan terhadap keluli dan aluminium telah dikeluarkan, kami telah meminta kepada kerajaan AS untuk mengecualikan negara kami dari langkah-langkah tersebut,” kata Yoshimasa Hayashi kepada pemberita.

    Permintaan tersebut dibuat melalui kedutaan Jepun di AS pada pagi tadi, tambahnya.

    “Jepun akan mengkaji dengan teliti kandungan langkah-langkah tersebut dan kesannya terhadap negara kami serta mengambil dasar yang diperlukan,” tambahnya.

    Trump telah mengenakan tarif serupa semasa penggal pertamanya untuk melindungi pengeluar AS daripada apa yang beliau anggap sebagai persaingan tidak adil. – AFP

    Gambar menunjukkan keluli di kilang semasa lawatan media oleh syarikat Jepun Nippon Steel di Kashima, wilayah Ibaraki, utara Tokyo pada 6 Disember lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda