Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, M’sia sedia cipta ekosistem angkasa lestari bersama bagi masa depan lebih baik

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.

    Usaha itu dengan matlamat menangani cabaran utama masyarakat di kedua-dua negara sambil bekerjasama menuju masa depan yang lebih baik.

    Pengarah Pejabat Bangkok, Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) Nakamura Takehiro berkata cita-cita bersama ini berasaskan hubungan kerjasama yang berdekad lamanya di antara JAXA dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

    Katanya, kerjasama yang terbaharu pula diperkukuhkan melalui memorandum kerjasama (MoC) pada 2023.

    “JAXA berbangga dapat menyumbang kepada visi bersama ini dengan memajukan penyelidikan dan aplikasi data berasaskan angkasa, menyokong keupayaan pembangunan satelit serta menyediakan kepakaran teknikal dan kerjasama untuk mengukuhkan ekosistem angkasa negara.

    “Inisiatif ini termasuk sokongan aktif terhadap strategi nasional jangka panjang seperti Program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030).

    “Di bawah dasar ini, Malaysia berhasrat untuk meletakkan sektor angkasanya sebagai pemangkin utama daya saing, kedaulatan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar Freepk
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda