Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Jepun mula operasi laut dalam pada Julai cari helikopter MSDF yang terhempas

    TOKYO, 14 JUN – Kerajaan Jepun hari ini mengumumkan bahawa pencarian di laut dalam akan bermula bulan depan bagi dua helikopter Pasukan Pertahanan Diri Maritim (MSDF) yang terhempas di Pasifik pada April, lapor Xinhua.

    Menurut Kementerian Sains, atas permintaan Kementerian Pertahanan, Agensi Sains dan Teknologi Marin-Bumi Jepun (JAMSTEC) akan memulakan pencarian menggunakan kenderaan laut dalam tanpa pemandu, yang boleh mencapai kedalaman sehingga 6,000 meter.

    Kementerian Sains berkata JAMSTEC akan menggunakan Deep Tow, sistem tinjauan dasar laut dalam yang dilengkapi dengan sonar dan kamera, untuk mencari di kawasan luas dasar laut.

    Pada Selasa, Kementerian Pertahanan mengisytiharkan kematian tujuh anak kapal yang disenaraikan sebagai hilang sejak perlanggaran maut dua helikopter peronda MSDF.

    Kedua-dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, bertembung dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di laut berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 kilometer ke selatan Tokyo. Daripada lapan mangsa yang berada di dalam pesawat, hanya satu mayat ditemukan setakat ini.

    Perakam penerbangan dari kedua-dua helikopter dan serpihan pesawat telah diambil.

    Bagaimanapun, bahagian utamanya dipercayai masih di dasar laut pada kedalaman kira-kira 5,500 meter, lapor media tempatan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...