Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun mula pusingan kedua pelepasan air sisa Fukushima

    TOKYO, 5 OKT – Jepun memulakan pelepasan sebahagian kedua air sisa yang dirawat dari loji nuklear Fukushima, hari ini kata pengendali loji tersebut.

    Pelepasan air bermula pada 10:18 pagi, jurucakap TEPCO memberitahu AFP.

    Ia berikutan pelepasan pertama pada 24 Ogos, apabila Jepun mula mengeluarkan sebahagian daripada 1.34 juta tan air sisa yang terkumpul sejak tsunami melanda loji tersebut pada 2011.

    Walaupun Jepun mengesahkan bahawa air yang dirawat tidak membawa risiko kesihatan pandangan yang disokong oleh badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) China telah berulang kali mengkritik pelepasan itu dan melarang semua import makanan laut Jepun.

    Seperti yang berlaku dengan pelepasan awal yang berakhir pada 11 September, kira-kira 7,800 tan air dijangka akan dilepaskan dalam fasa kedua.

    Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima, utara Jepun, pada 24 Ogos. – AP

    TEPCO telah menyatakan bahawa air sisa tersebut telah ditapis daripada semua unsur radioaktif kecuali tritium, yang berada dalam tahap selamat.

    “Telah disahkan bahawa pelepasan pertama telah dilakukan seperti yang dirancang dan dengan cara yang selamat,” kata jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno kepada pemberita, hari ini, menegaskan tiada keabnormalan telah dikesan.

    Kerajaan akan “terus berkomunikasi, sama ada di dalam atau di luar negara, hasil pemantauan data dengan cara yang sangat telus,” kata Matsuno.

    Jepun juga akan menggesa China untuk “segera menghapuskan larangan import makanan Jepun, dan bertindak berdasarkan justifikasi saintifik”, tambahnya.

    Rusia, yang mempunyai hubungan dingin dengan Jepun, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengikuti larangan makanan laut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda