TOKYO – Dmytro Remez secara senyap menunjukkan gambar bangunan sebelum dan selepas pada komputer ribanya, yang pada satu ketika dahulu pejabat dan hotel elegan bertukar menjadi runtuhan terbiar yang condong.
Satu bangunan runtuh betul-betul di hadapan rumahnya di Mykolaiv, selatan Ukraine.
Remez, 24, seorang doktor perubatan yang baharu menuntut di Universiti Juntendo, merupakan antara 2,291 rakyat Ukraine yang telah berpindah ke Jepun sejak perang dengan Rusia bermula se-tahun lalu.
“Ia mengarut.
Tujuan utama adalah untuk memusnahkan segala-galanya.
Jika awda melihat bandar-bandar yang mereka perjuangkan, bandar-bandar itu musnah sama sekali,” katanya, duduk di asrama modennya yang kecil dan bersih di Tokyo.
“Tiada sesiapa yang akan tinggal di bandar pada masa hadapan.
Jadi untuk apa? kenapa? Kenapa awak buat begini?”
Kisah penerbangannya menuju ke tempat selamat adalah yang jarang berlaku di negara yang mempunyai reputasi kerana menutup sempadannya kepada pencari perlindungan.
Jepun hanya menerima 74 pelarian, kebanyakannya dari negara-negara Afrika pada 2021, yang merupakan tahun terbaharu data sedemikian tersedia, menurut Kementerian Kehakiman.
Itu kurang daripada 1 pe-ratus daripada 2,413 pemohon.
Secara teknikalnya, orang Ukraine tidak dikategorikan sebagai pelarian tetapi digelar ‘orang yang dipindahkan’.
Sistem untuk menerima orang Ukraine berfungsi tanpa Jepun perlu mengubah dasar pelarian keseluruhannya.
Kerajaan Jepun telah berulang kali menyatakan solidaritinya dengan AS dan negara-negara barat yang lain dalam menyokong Ukraine dalam perangnya menentang Rusia.
Sebahagian besar daripada wang yang membantu rakyat Ukraine di Jepun diperoleh daripada Nippon Foundation, sebuah badan bukan untung yang mengarahkan hasil perlumbaan bot motor kepada dermawan.
Yayasan Nippon pada mulanya komited 5 bilion yen (AS$37 juta) untuk membantu rakyat Ukraine, termasuk kos perjalanan, perumahan dan perbelanjaan sara hidup, dan sejak itu telah menaikkan jumlah itu kepada 8.58 bilion yen (AS$64 juta) dalam tempoh tiga tahun.
Ia merupakan antara sumbangan terbesar yang dibuat sebagai reaksi terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine setahun yang lalu, dengan hadiah utama lain dalam bentuk wang tunai dan perkhidmatan datang daripada syarikat teknologi Amerika seperti Microsoft serta yayasan Eropah dan syarikat yang mempunyai misi amal.
Derma peribadi yang dikira oleh pertubuhan bukan untung AS, Candid telah mendapati AS$1.2 bilion telah didermakan sejak tercetusnya perang.
Sebagai perbandingan, PBB telah menerima komitmen atau derma AS$3.4 bilion kebanyakannya daripada kerajaan untuk membiayai tindak balas kemanusiaannya terhadap perang.
Yayasan Nippon, yang diasaskan oleh ahli politik dan ahli perniagaan Ryoichi Sasakawa pada 1962, kini telah memberi bantuan kepada 1,921 rakyat Ukraine di Jepun.
Kumpulan ini telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah antarabangsa.
Organisasi itu kini diketuai oleh Yo-hei Sasakawa, anak lelaki Ryoichi Sa-sakawa.
Kerja amalnya termasuk memerangi penyakit kusta, bantuan bencana, bantuan untuk orang kelainan upaya dan pelbagai biasiswa, di bawah motonya ‘untuk mencapai masyarakat di mana semua orang menyokong satu sama lain’.
Ayako Niijima, yang menyelia perlindungan dan bantuan di Persatuan Pelarian Jepun, berkata cara Jepun memberikan status pelarian adalah sangat tipis, dan prosedurnya sukar, berbanding standard global.
Organisasinya membantu pelarian di Jepun dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, atau UNHCR.
Niijima berkata bahawa berpuluh-puluh orang yang berharap untuk tingal di Jepun kini kehilangan tempat tinggal. Jumlah tersebut dijangka meningkat, kerana sekatan kemasukan untuk pandemik koronavirus telah ditarik balik pada bulan Oktober.
“Sudah pasti terdapat perbezaan besar dalam layanan untuk orang Ukraine,” kata Niijima, sambil menyatakan dia menyokong semua orang yang mencari keselamatan di Jepun, termasuk orang Ukraine.
Remez nampaknya tidak terlalu berminat dengan kerja dalaman pakej bantuannya.
Dia hanya berterima kasih atas soko-ngan yang diterima, terutamanya daripada universiti dan profesornya, dan semua yang dipelajarinya, pergi setiap hari ke hospital universiti.
Pada hari yang lain, dia belajar tentang imbasan CT dan dia berseronok mengambil bahagian dalam perlumbaan lari berganti-ganti dengan jururawat dan doktor, satu-satunya warga Ukraine dalam pasukan itu.
Peluang tuisyen penuh, lengkap dengan tiket kapal terbang, untuk menyambung pelajaran adalah satu-satunya pilihan yang ditemuinya dalam talian.
Kebetulan Jepun, kenangnya sambil tersenyum.