Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun pertahan kawalan eksport semikonduktor

    BEIJING, 2 APRIL – Menteri Luar China, Qin Gang memberitahu rakan sejawatan Jepun hari ini bahawa kawalan eksport baharu Tokyo ke atas peralatan semikonduktor hanya akan mendorong usaha Beijing untuk ‘tidak bergantung pada orang lain.’

    Lawatan Yoshimasa Hayashi ke China adalah yang pertama oleh Menteri Luar Jepun sejak Disember 2019, justeru menamatkan jurang tiga tahun di mana hubungan dua hala telah merosot mendadak.

    Mesyuarat menteri di Beijing itu diadakan beberapa hari selepas Jepun melancarkan kawalan eksport ke atas 23 barangan yang digunakan untuk menghasilkan semikonduktor, berikutan tekanan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara untuk mengehadkan akses China kepada teknologi.

    “AS menggunakan taktik buli untuk menindas industri semikonduktor Jepun, dan sekarang ia mengulang taktik lamanya ke atas China,” beritahu Qin kepada rakan sejawatannya, menurut laporan mesyuarat.

    “Sekatan hanya akan menambah keazaman China untuk menjadi berdikari,” kata beliau.
    Kawalan Jepun didahului oleh sekatan serupa yang dikenakan oleh Belanda pada bulan lalu, di mana pihak berkuasa memetik ‘keselamatan negara dan antarabangsa.’

    Dalam komen kepada wartawan, Hayashi mempertahankan sekatan baharu hari ini sebagai ‘konsisten dengan peraturan antarabangsa,’ menambah ia ‘tidak menyasarkan mana-mana negara khusus.’

    Semikonduktor telah menjadi isu duri dalam daging dalam kemerosotan hubungan di antara China dan Jepun ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia. – AFP

    Yoshimasa Hayashi (kiri) berjabat tangan dengan Qin Gang di Rumah Tetamu Negeri Diaoyutai di Beijing kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda