Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jepun pertimbang bangunkan peluru berpandu 3,000 km

    TOKYO, 25 NOV – Jepun sedang mempertimbangkan untuk membangunkan peluru berpandu sehingga 3,000 kilometer (km), lapor Sputnik.

    Keupayaan maksimum peluru berpandu Jepun sekarang adalah kira-kira 100 km, menurut akhbar Jepun The Mainichi memetik sumber pada hari ini.

    Tokyo merancang untuk memajukan sistem peluru berpandu dengan meningkatkan keupayaannya sehingga 1,000 km atau lebih sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan kemampuan pertahanan negara. 

    Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membangunkan peluru berpandu baharu termasuk peluru berpandu hipersonik dengan jarak 2,000 hingga 3,000 km. 

    Pelancaran peluru berpandu itu merangkumi tiga peringkat, lapor The Mainichi. 

    Peringkat pertama membabitkan pelancaran peluru berpandu moden dengan jarak 1,000 km ke atas Kepulauan Ryukyu (juga dikenali sebagai Kepulauan Nansei) sekitar 2026.

    Untuk peringkat kedua, peluru berpandu dengan jarak 2,000 km akan dilancarkan ke arah Pulau Honshu, manakala kawasan berhampiran Gunung Fuji akan menjadi tapak pelancaran. 

    Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan jangka masa bagi peringkat ini.

    Peringkat ketiga termasuk pelancaran peluru berpandu dengan jarak 3,000 km ke atas Pulau Hokkaido pada pertengahan 2030, menurut laporan itu. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...