TOKYO, 28 DIS – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini mengatakan kerajaan akan mempertimbangkan menyediakan suntikan vaksin penggalak kepada semua orang di negara itu sebaik mungkin, lapor Kyodo News.
Kishida dalam satu temu bual dengan Kyodo News mengatakan langkah-langkah antivirus negara akan beroperasi sepenuhnya, agar rakyat boleh merasa selamat.
Jepun sudah mula memberikan suntikan dos ketiga kepada petugas penjagaan kesihatan sejak bermulanya Disember diikuti warga emas bermula Februari tahun depan, kemudian orang awam.
Kadar mereka yang lengkap dua vaksin mencecah 77 peratus pada hujung Disember ini.
Kes jangkitan varian Omicron tidak menunjukkan peningkatan di Jepun, namun kes jangkitan komuniti telah disahkan di beberapa kawasan seperti Osaka dan Tokyo. Kerajaan juga menawarkan ujian PCR dan antigen pantas di kawasan-kawasan seumpamanya dan melarang kemasukan baharu warga asing dari luar sejak November.
“Selain 31 juta petugas penjagaan kesihatan dan warga emas, kami mahu mempertimbangkan melaksanakan suntikan penggalak sebanyak mungkin,” kata Kishida. – Xinhua