Thursday, January 30, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun pertimbangkan buku teks digital ganti buku sekolah

    TOKYO, 29 JAN – Kementerian pendidikan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menggunakan buku teks digital sebagai bahan pengajaran menggantikan buku teks daripada kertas secara rasmi.

    Kementerian berkenaan juga menyasarkan untuk memperkenalkan sistem baharu bagi membolehkan lembaga pendidikan individu memilih sama ada buku teks kertas atau digital, kata sumber itu.

    Tindakan itu mungkin mencetuskan perdebatan kerana ia secara drastik akan mengubah bentuk buku teks yang telah pun menjadi asas sistem pendidikan sekolah negara berkenaan.

    Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi dijangka membuat pembentangan termasuk cadangan kepada kumpulan kerja Majlis Pusat Pendidikan pada mesyuarat yang akan dijadualkan.

    Buku teks digital ialah versi digital buku teks kertas dan mempunyai kandungan yang sama seperti dalam buku teks kertas. Setiap pelajar boleh melihat kandungan didigitalkan pada terminal yang disediakan kepada mereka.

    Kementerian berkenaan bercadang untuk membentangkan dua perkara utama yang menjadi isu kepada kumpulan kerja.

    Pertama, menyeru semakan status buku teks digital yang menggantikan buku teks rasmi sekolah. Mereka juga akan tertakluk kepada tapisan kerajaan terhadap buku teks sekolah dan pengedaran percuma.

    Kedua, lembaga pendidikan individu akan memilih sama ada mahu menggunakan buku teks kertas atau digital.

    Berdasarkan perbincangan di kumpulan kerja, kementerian pendidikan bercadang untuk menyusun laporan interim seawal bulan depan.

    Di bawah Undang-undang Pendidikan Sekolah Jepun, buku teks kertas ditakrifkan sebagai buku teks rasmi sekolah dan buku digital sebagai bahan pengajaran yang boleh digunakan ‘sebagai ganti buku teks’.

    Jika buku digital diberi kuasa sepenuhnya menggantikan buku teks rasmi, pelajar boleh belajar sepenuhnya dengan buku teks digital tanpa menggunakan buku teks mereka.

    Gambar Pixabay

    Buku teks digital juga akan tertakluk kepada tapisan kerajaan terhadap buku teks sekolah untuk ketepatan dan kesesuaiannya serta diberikan secara percuma kepada pelajar.

    Di sekolah awam pada masa ini, buku teks dipilih oleh lembaga pendidikan dalam kerajaan tempatan yang menubuhkan sekolah tersebut.

    Sebaik sahaja sistem diperkenalkan, kerajaan tempatan yang akan menentukan bentuk buku teks yang akan digunakan di sekolah.

    Untuk mula menggunakan buku teks digital sebagai buku sekolah rasmi, undang-undang Pendidikan Sekolah perlu disemak semula.

    Kementerian pendidikan menyasarkan untuk menyemak semula undang-undang menjelang fiskal 2026 dan mula menggunakan buku teks digital mulai fiskal 2030, apabila sekolah mula menawarkan kelas berdasarkan piawaian kurikulum kebangsaan seterusnya.

    Walau bagaimanapun, sesetengah pakar berhati-hati dalam memperluaskan penggunaan buku teks digital. Ini adalah kerana, terdapat kajian menunjukkan penurunan dalam mengekalkan ingatan apabila menggunakan bahan pengajaran digital berbanding dengan bahan kertas.  Selain itu, terdapat kesan negatif yang lain seperti kemerosotan penglihatan pelajar.

    Gambar Pixabay

     “Adalah terlalu awal untuk memberikan menggantikan sepenuhnya buku teks rasmi kepada buku teks digital ketika ini kerana belum dapat disahkan sama ada ia sekurang-kurangnya buku digital sebaik buku teks kertas,” kata Prof. Kuniyoshi Sakai dari Universiti Tokyo, yang merupakan pakar dalam neurosains bahasa.

    “Memandangkan langkah itu mungkin memberi kesan serius terhadap keupayaan akademik kanak-kanak, kementerian pendidikan harus mempertimbangkan perkara ini dengan teliti,” tambahnya. – ANN/ The Japan News

    Buku teks bahasa Inggeris digital digunakan di sebuah sekolah rendah di Tokyo pada Ogos 2022. –  YOMIURI SHIMBUN

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda