Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jepun raikan musim bunga sakura

    TOKYO, 29 MAC – Orang ramai di seluruh Jepun hari ini meraikan kemuncak kemekaran musim bunga sakura seminggu selepas pembatalan sekatan koronavirus, mencetuskan kebimbangan kemungkinan virus itu kembali meningkat.

    Pokok-pokok sakura berkembang mekar minggu ini di kebanyakan kawasan di Jepun. Kemuncak di Tokyo adalah pada Ahad ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun, menarik ramai orang yang mengelak daripada menyertai keraian musim tradisional itu selama dua tahun kerana pandemik.

    Di taman Chidorigafuchi, terkenal sebagai ‘hanami’ atau tempat melihat pokok bunga sakura di bahagian barat daya Istana Maharaja, beribu-ribu orang melihat bunga sakura yang mekar berwarna merah jambu pucat itu, sambil bersantai-santai di bawah barisan pokoknya atau mendayung sampan dari tasik berhampiran.

    “Saya rasa seperti kehidupan kembali normal.

    “Di pusat bandar ini, orang ramai sudah lama menunggu untuk saat ini,” kata Takanori Shiwaku, seorang pemilik kafe berusia 62 tahun, sambil menghayati keindahan bunga sakura yang mekar, menambah ia melambangkan kemurnian.

    Bunga sakura merupakan bunga kegemaran Jepun dan lazimnya mencapai puncak kemekaran pada lewat Mac sehingga awal April, menjelang permulaan tahun baharu persekolahan dan perniagaan negara itu. – AFP

    Pengunjung di sebuah taman di Jepun merakamkan gambar dengan latar belakang bunga sakura yang mekar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...