Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun rampas 400 kilogram kokain

    TOKYO, 8 NOV – Pihak berkuasa Jepun merampas 400 kilogram kokain dianggarkan bernilai AS$73 juta dalam satu serbuan di sebuah pelabuhan berhampiran bandar Kobe, kata jurucakap kastam hari ini.

    Difahamkan rampasan yang dibuat bulan lalu itu hanya didedahkan hari ini kerana pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

    “Ia adalah rampasan terbesar membabitkan kokain yang pernah dilakukan pihak berkuasa,” kata jurucakap kepada AFP.

    Ia jauh lebih besar berbanding rampasan pada Ogos lalu apabila pihak berkuasa merampas 177 kilogram kokain di sebuah pelabuhan lain di wilayah Aichi di tengah Jepun.

    Agensi berita Kyodo berkata, masih tidak diketahui dari mana kokain itu datang dan dipercayai ia dihantar secara salah ke Kobe.

    Jepun mengamalkan undang-undang dadah yang ketat dan sekiranya tertangkap, pengguna berdepan hukuman berat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda