Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jepun rekod jumlah pelawat bulanan tertinggi

    TOKYO, 17 APRIL – Lebih tiga juta warga asing melawat Jepun pada Mac, mencatatkan rekod tertinggi dalam satu bulan, menurut data kerajaan yang dikeluarkan hari ini, memberikan rangsangan besar bagi sektor pelancongan negara tersebut.

    Jumlah 3.08 juta pelawat itu mewakili peningkatan sebanyak 69.5 peratus daripada Mac 2023 dan peningkatan 11.6 peratus berbanding Mac 2019 sebelum pandemik menjejaskan pelancongan global, menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO).

    “Ini adalah bulan tunggal tertinggi yang pernah direkodkan dan kali pertama jumlah pelawat melebihi tiga juta,” kata agensi kerajaan itu.

    Selain daripada permintaan pelancongan yang meningkat secara amnya, faktor-faktor termasuk musim bunga sakura dan Hari Easter membantu meningkatkan jumlah pelawat.

    Jumlah ketibaan tertinggi direkodkan dari luar negara termasuk dari India, Jerman, Taiwan dan Amerika Syarikat.

    Pelancongan ke Jepun telah berkembang pesat sejak sekatan sempadan era pandemik ditarik balik dan kerajaan telah bekerja keras untuk meningkatkan jumlah pelawat. – AFP

    Orang ramai mengambil gambar di taman azalea di Kuil Nezu di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...