Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun sahkan wabak selesema burung ketiga musim ini

    TOKYO, 4 NOV – Wabak selesema burung berpatogen tinggi disahkan berlaku di sebuah ladang ternakan ayam di wilayah tengah Jepun, Niigata, menurut pihak berkuasa hari
    ini.

    Kerajaan Wilayah Niigata mengesahkan wabak itu berlaku di sebuah ladang di Bandar Tainai, dengan sejumlah 630,000 ekor ayam penelur akan ditakai.

    Pegawai berkata, ladang terbabit melaporkan peningkatan jumlah kematian ayam pada pagi kelmarin, sebelum ujian awal virus menunjukkan keputusan positif, diikuti analisis genetik terperinci dijalankan.

    Kes terbaharu itu menandakan wabak selesema burung ketiga yang disahkan di ladang ternakan di Jepun bagi musim ini.

    Kes pertama di negara itu disahkan pada 22 Oktober di Bandar Shiraoi, wilayah paling utara Hokkaido, diikuti kes kedua di Bandar Eniwa, juga di Hokkaido, pada Ahad lalu. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan pegawai perubatan memakai berbaju pelindung mengumpulkan ayam untuk dikaji di sebuah ladang di bandar Mitsukaido, Wilayah Ibaraki, Tokyo pada 27 Jun 2005. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda