Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jepun sasar beraksi di Piala Dunia

    TOKYO, 16 MAC – Pengurus Jepun, Hajime Moriyasu memberitahu pemainnya untuk melangsaikan tugasan dan meraih kelayakan Piala Dunia selepas dia menamakan skuadnya hari ini untuk pertemuan menentang Australia minggu hadapan.

    Jepun mampu menempah tempat di Piala Dunia tujuh kali berturut-turut sekiranya mengalahkan The Socceroos di Sydney pada 24 Mac, setelah bangkit daripada permulaan hambar dalam kempen kelayakan untuk bermain di Qatar 2022.

    Juara Asia empat kali itu tewas dalam dua daripada tiga perlawanan pembukaan mereka namun berjaya memenangi kesemua lima perlawanan selepas itu, dan Moriyasu percaya pasukannya kini bertambah mantap.

    “Kami mencuba untuk memenangi setiap perlawanan. Kami bermain dengan agresif kerana ingin memenangi perlawanan dan meskipun kali ini akan menjadi lebih sukar, kami berjaya melepasi tekanan untuk sampai ke peringkat ini.”

    Pemain pertahanan, Yoshida, yang mewakili Sampdoria, kembali beraksi selepas terlepas bermain di perlawanan kelayakan menentang China dan Arab Saudi awal tahun ini disebabkan kecederaan.

    Turut disenaraikan dalam pasukan ialah pemain Liverpool, Takumi Minamino, pemain Mallorca, Takefusa Kubo dan pasangan yang bermain untuk Celtic, Daizen Maeda dan Reo Hatate.

    Dua pasukan akan layak secara automatik dari Kumpulan B, dengan pasukan di tempat ketiga perlu bermain dalam pusingan playoff.

    Jepun ketika ini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Arab Saudi dan tiga mata di hadapan Australia dengan berbaki dua perlawanan.

    Jepun akan melayani kunjungan pasukan tercorot, Vietnam dalam perlawanan terakhir pada 29 Mac sementara Australia dan Arab Saudi akan berentap di Jeddah. – AFP

    Gambar fail pemain Jepun, Wataru Endo membuat percubaan semasa pusingan kelayakan Piala Dunia menentang China di Doha. Moriyasu ingin pemainnya melangsaikan tugasan dan layak ke Piala Dunia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...