Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun sasar sifar sampah menjelang 2020

    Plastik, kertas, logam? Di Kamikatsu, Jepun, mengasing-asingkan sampah bukanlah satu kerja mudah.

    Penduduk perlu mencekalkan minda untuk mengasing-asingkan 45 kategori sampah kerana bandar tersebut sedang menuju ke arah ‘Sifar Sampah’ menjelang tahun 2020.

    Dan bukan itu sahaja, malah tidak ada pengangkutan mengambil sampah disediakan. Kira-kira 1,500 penduduk di bandar tersebut yang terletak di barat Jepun perlu membawa sisa buangan mereka ke pusat pembuangan tempatan.

    “Ya sangat rumit,” kata Naoko Yokoyama, seorang penduduk tempatan berusia 39 tahun dan membawa sisa buangan sendiri ke pusat pembuangan di bandar itu. “Tetapi, saya menjadi lebih sedar akan kepentingan alam sekitar semenjak saya berpindah ke sini setahun yang lalu,” katanya kepada media AFP.

    Kategori-kategori tersebut meliputi segala-galanya daripada bantal hingga berus gigi kerana bandar tersebut sedang berusaha untuk mengitar semula kesemua sisa buangan penduduk, menghantar segala sampah kepada incinerator, menjelang tahun hadapan. Proses ini boleh membebankan – tidak hanya ada puluhan kategori berasingan akan tetapi barang-barang seperti beg plastik dan botol mesti dibasuh terlebih dahulu dan dikeringkan bagi memudahkan proses kitar semula.

    Kamikatsu sudah hampir mencapai matlamatnya, untuk mengitar semula kira-kira 80 peratus daripada 286 tan sisa buangan yang dihasilkan pada tahun 2017. – AFP

    Salah seorang penduduk cuba mengasing-asingkan sisa buangan plastik. – AFP

    Pusat pembuangan di bandar itu, terdapat banyak kotak-kotak yang berlainan bagi setiap kategori. Jika bahagian-bahagian item jatuh ke dalam kategori yang berlainan untuk dikitar semula, penduduk disarankan untuk mengasing-asingkan barangan tersebut dan dimasukkan ke dalam kotak yang betul.

    Seorang lelaki telah membawa almari dan terpaksa menggunakan tukul untuk mengambil kayu dari almari logam tersebut, sementara pekerja pusat tersebut sedang memotong tiub getah yang tebal dan panjang sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.

    Banyak wilayah di Jepun sudah mula mengasing-asingkan sisa buangan mereka akan tetapi kebanyakannya hanya menekankan beberapa kategori sisa buangan dan sebahagian besar sisa pergi ke incinerator.

    Mari kitar semula

    Kamikatsu tidak jauh berbeza sehingga ultimatum: pada tahun 2000 di mana bandar itu telah diarahkan untuk menutup salah satu incinerator miliknya kerana mesin itu tidak dapat lagi memenuhi standard pelepasan yang ketat.

    Perkara itu menyebabkan bandar tersebut hanya mempunyai satu incinerator, tidak dapat mengendalikan kesemua sisa buangan di Kamikatsu, malah tidak ada wang yang mencukupi untuk membeli mesin yang baharu atau untuk membayar daerah yang lain bagi menggunakan mesin mereka.

    Kami fikir, jika kami tidak dapat membakar sisa ini, oleh itu, marilah kita melakukan kitar semula, ia lebih murah untuk di kitar semula daripada membakarnya,” kata pegawai bandar Midori Suga kepada media.

    Kamikatsu sudah hampir mencapai matlamatnya, untuk mengitar semula kira-kira 80 peratus daripada 286 tan sisa buangan yang dihasilkan pada tahun 2017, jauh lebih tinggi berbanding purata nasional sebanyak 20 peratus. Selebihnya, seperti sisa buangan di Jepun, ia dibakar, kerana kebanyakan kawasan pergunungan di negara itu dianggap tidak sesuai untuk tempat pembuangan sampah.

    Jepun merupakan sebuah negara yang kurang menghasilkan sisa buangan umum khususnya dalam kalangan negara-negara maju, akan tetapi menghasilkan lebih banyak sisa buangan sampah plastik per kapita di mana-mana negara kecuali Amerika Syarikat.

    Pada masa lalu, sesetengah plastik telah dieksport untuk dikitar semula, terutamanya ke China, tetapi larangan oleh Beijing mengenai import telah meninggalkan kesan terhadap Jepun sehingga sisa plastik menumpuk di beberapa tempat di Jepun.

    Terdapat juga penduduk berpendapat bahawa inisiatif itu akan berfungsi baik di tempat yang lain. “Ia berfungsi baik di sini kerana di sini hanya mempunyai 1,500 penduduk,” kata Yokoyama, yang berpindah dari Kyoto.

    “Ia akan menjadi lebih sukar khususnya di sebuah bandar atau desa yang mempunyai penduduk yang lebih besar,” tambahnya dan pihak berkuasa pastinya akan berjuang bagi menguatkuasakannya.

    Mengurangkan penggunaan

    Akan tetapi terdapat juga penduduk lain yang mengatakan bahawa dasar itu masuk akal.

    “Saya faham, ia agak mudah dengan hanya membakar sisa tersebut,” kata Saeko Takahashi, 71 tahun sambil mencuci karton susu dan mengikat surat khabar bersama-sama.

    “Lebih baik untuk mengitar semula, daripada menjadi sisa buangan yang mencemarkan,” tambahnya kepada media.

    Dia menggunakan tong kompos untuk sisa makanan seperti ikan dan daging serta membuang sisa sayur ke dalam tamannya.

    “Makanan bertahan lebih lama apabila ia disimpan dalam pembungkusan plastik, jadi tidak semua akan menjadi buruk, lapisan plastik yang banyak adalah tidak perlu,” tambah Takahashi. Kazuyuki Kiyohara, pengurus pusat sisa buangan itu berkata bahawa plastik merupakan sebahagian besar sisa buangan daripada penduduk, walaupun terdapat skim yang diselenggarakan namun hanya sedikit sahaja pengurangan terhadap penggunaannya.

    “Gaya hidup kami bergantung terutamanya kepada plastik,” kata lelaki yang berusia 38 tahun itu. “Pengguna boleh mengurangkan sisa plastik pada tahap yang tertentu akan tetapi kami masih akan membuang sisa plastik jika pengeluar terus membuat produk dengan menggunakan plastik,” tambahnya.

    Pada tahun 2018, pihak kerajaan Jepun telah melancarkan cadangan bagaimana untuk menangani sisa plastik, dengan matlamat untuk mengurangkan 9.4 juta tan yang dihasilkan oleh negara itu setiap tahun sebanyak satu perempat menjelang tahun 2030.

    Perancangan itu turut menyarankan peruncit untuk mengenakan bayaran terhadap beg plastik – diterima pakai di seluruh dunia – namun tidak dijangka akan berkuat kuasa sebelum tahun 2020 dan beberapa jenis pembungkusan plastik yang lain tidak akan dilindungi

    Pegawai bandar raya Suga berkata Kamikatsu akan terus berjuang untuk mencapai ‘Zero Waste’ tanpa usaha keras bagi mengurangkan penggunaannya. Dia berkata, “Kami telah berusaha untuk mencapai matlamat ‘Zero Waste’ dan matlamat ‘Zero Landfill’ akan tetapi ia masih lagi tidak mencukupi.”

    Dia turut menjelaskan bahawa mereka tidak harus memberikan tumpuan kepada cara membuang sampah sahaja akan tetapi mereka perlu membuat dasar-dasar baharu bagi menghalang pengeluaran sisa-sisa sampah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/