Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun sedia tambah terbitan bon Samurai M’sia

    TOKYO, 31 MEI – Pihak Japan Bank for International Cooperation (JBIC) bersedia  untuk menimbang bagi menyalurkan sokongan lanjut sekiranya Malaysia berhasrat menambah terbitan bon Samurai pada masa depan, kata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini.

    Ini berikutan kejayaan langkah terbitan bon Samurai bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.4 bilion) yang dijamin oleh JBIC pada Mac 2019 yang dijangka membantu meningkatkan kemapanan fiskal dan daya tahan strategik Malaysia.

    Abe dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan mesyuarat dua hala di Pejabat Perdana Menteri Jepun itu di Nagato-cho, Chiyoda-ku, di sini.

    Ketika mengulas perkara itu, Dr Mahathir berkata langkah itu akan dapat mempertingkat portfolio kewangan dan meminimumkan risiko pertukaran asing bagi Malaysia.

    Menurut satu kenyataan bersama Kerjasama Malaysia-Jepun, kedua-dua pemimpin tersebut turut sependapat bahawa sebarang usaha antara dua kerajaan itu akan menyumbang ke arah memperkukuh kerjasama strategik Tokyo-Kuala Lumpur.

    Mesyuarat itu turut mengambil maklum mengenai penyelidikan komprehensif bagi tujuan penambahbaikan aspek pengangkutan di Malaysia yang sedang dilaksanakan oleh satu kumpulan Jepun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda