Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN – Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia, hari ini.

    Sebelum pindaan undang-undang tersebut diluluskan, pemohon boleh tinggal di Jepun semasa proses membuat keputusan, tanpa mengira bilangan percubaan yang mereka lakukan untuk mendapatkan status pelarian.

    Kini mereka boleh dihantar pulang selepas tiga penolakan.

    Undang-undang yang disemak semula akan “melindungi mereka yang perlu dilindungi sambil menangani dengan tegas orang-orang yang melanggar peraturan”, kata Menteri Kehakiman, Ken Saito.

    ‘Terdapat ramai orang yang menyalahgunakan sistem permohonan untuk mengelakkan pengusiran,’ walaupun mereka tidak melarikan diri daripada bahaya atau penganiayaan, menurut Saito.

    Ahli parlimen pembangkang Jepun, Taro Yamamoto (kiri atas) cuba melompat ke arah pengerusi jawatankuasa Hisatake Sugi (duduk tengah kiri) ketika ahli parlimen pakatan pemerintah menolak rancangan undang-undang imigresen kontroversi untuk diundi, semasa mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kehakiman Dewan Tinggi di Tokyo, Jepun, 8 Jun. – AFP

    Tahun lalu, Jepun hanya menerima 202 pelarian daripada kira-kira 12,500 pemohon dan secara berasingan membenarkan 1,760 orang tinggal di negara itu kerana pertimbangan kemanusiaan.

    Ia juga telah menerima lebih daripada 2,400 orang yang dipindahkan dari Ukraine di bawah rangka kerja yang berbeza.

    Aktivis mengadakan perhimpunan menentang undang-undang yang disemak, tetapi bantahan daripada blok pembangkang di parlimen telah ditolak oleh pakatan pemerintah yang memiliki majoriti kuat.

    Kekecohan berlaku di parlimen, kelmarin, apabila ahli parlimen pembangkang menemui pengerusi jawatankuasa yang membincangkan rancangan undang-undang itu, cuba untuk menghalang undian mengenai perubahan itu.

    “Adalah tidak dapat diterima untuk menghantar pulang orang, walaupun mereka mempunyai rekod jenayah, ke negara yang mungkin melanggar hak asasi manusia mereka dan di mana kehidupan dan kebebasan mereka akan terancam”, kata Persatuan Peguam Tokyo minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...