Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, S’pura buka semula sempadan

    SINGAPURA, 14 OGOS – Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, kelmarin bersetuju untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan pada September, lapor Jiji Press.

    Pelancong perniagaan boleh melakukan perjalanan dan bekerja dalam jarak yang terhad, dan untuk 14 hari pertama mereka diminta tinggal di tempat penginapan.

    Pada September juga kedua-dua negara juga akan membuka sempadan antara satu sama
    lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza.

    Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau, termasuk isu pertambahan maritim China dan menegaskan mereka akan terus bekerjasama.

    Jepun bimbang dengan situasi berkenaan dan akan bekerjasama dengan Singapura serta negara lain untuk memberikan respons sewajarnya, kata Motegi pada sidang media selepas pertemuan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda