TOKYO, 30 Okt – Presiden Filipina Rodrigo Duterte meraih ikrar daripada Jepun untuk membantu memerangi keganasan dan membina infrastruktur negara itu yang rosak, ketika beliau bertemu dengan Perdana Menteri Jepun hari ini semasa lawatan ke negara itu.
Jepun menjanjikan sokongannya dalam pembinaan semula bandar bergolak dan hancur di selatan Filipina, Marawi. Satu kempen tentera baru-baru ini mengakhiri kepungan lima bulan oleh kumpulan Islamic State yang bekerjasama dengan militan, meragut lebih daripada 1,100 nyawa awam dan penggempur.
Perdana Menteri Shinzo Abe menyambut baik pembebasan Marawi dan memuji kepimpinan Duterte.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)