TOKYO, 29 SEPT – Bermula 1 Oktober, Jepun akhirnya akan melaksanakan kenaikan cukai penggunaan, meningkatkan kadarnya dari lapan kepada 10 peratus, meskipun kebimbangan mengenai tindakan itu mungkin menyebabkan kemelesetan ekonomi.
Bagaimanapun kebimbangan berkurang dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kerajaan menegaskan bahawa kenaikan itu adalah perlu bagi membiayai beberapa keutamaan dasar yang penting.
Kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe sudah dua kali menangguhkan pelaksanaan kenaikan itu kerana bimbang bahawa ia mungkin menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara itu.
Pertumbuhan pada suku kedua telah diubah 0.3 peratus, berbanding suku sebelumnya 0.5 peratus, dengan eksport telah terjejas oleh pertumbuhan perlahan ekonomi global.
Dan dilihat dari sejarah, kenaikan cukai telah menjejaskan ekonomi Jepun.
Dalam dua kenaikan terakhir, dari tiga peratus menjadi lima peratus pada 1997 dan kemudian kepada lapan peratus pada tahun 2014, kedua-duanya disusuli dengan kemelesetan ekonomi.
“Gaji penduduk Jepun sudah tidak naik dalam tempoh 20 tahun,” kata Martin Schulz, seorang pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Fujitsu.
“Itu bermakna kenaikan cukai penggunaan menyebabkan kuasa beli berkurang,” katanya kepad AFP.
Para pengguna Jepun sudah menerima kejutan akibat pelbagai cukai tambahan tidak langsung, termasuk tarif ke atas barangan import. – AFP
