Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun tetap penting bagi keseimbangan ASEAN

    KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Kehadiran Jepun di Asia Tenggara terus berperanan penting dalam menyeimbangkan persaingan kuasa besar ketika negara ASEAN mempelbagaikan pasarannya, sekali gus menjadikan Jepun sebagai rakan pembiayaan jangka masa panjang yang boleh dipercayai dan sebuah pasaran strategik.

    Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata Jepun menyediakan rakan pembiayaan dan pelaburan jangka masa panjang berasaskan piawaian untuk ASEAN serta membantu mengelakkan kebergantungan berlebihan kepada modal dari China dan Amerika Syarikat (AS).

    “Tumpuan berlebihan terhadap modal AS dan China akan mengurangkan fleksibiliti strategik ASEAN. Kehadiran berterusan Jepun membantu mempelbagaikan sumber pelaburan dan menyediakan alternatif pembiayaan jangka masa panjang, terutama dalam sektor infrastruktur dan pembuatan,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

    Jepun menjadi rakan dialog ASEAN sejak 1973, satu hubungan yang diformalkan pada 1977 melalui Doktrin Fukuda dan diperluas melalui pelbagai perjanjian termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda