Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun tingkat keselamatan VIP selepas cubaan bunuh Trump

    TOKYO, 16 JULAI – Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) telah mengeluarkan arahan untuk mempertingkatkan keselamatan di acara awam yang melibatkan ahli politik, susulan insiden tembakan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, kata kerajaan Jepun, hari ini.

    Cubaan pembunuhan terhadap Trump pada Sabtu lalu mengingatkan kembali insiden tragis pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada tahun 2022.

    Cubaan tersebut mendorong NPA untuk ‘mengarah pasukan polis di seluruh negara memperbaharui kewaspadaan mereka di sekitar lokasi pidato politik,’ kata jurucakap kerajaan Jepun, Yoshimasa Hayashi, kepada pemberita.

    Jepun telah mempertingkatkan langkah keselamatan VIP sejak insiden tembakan yang meragut nyawa Abe, yang mengejutkan pasukan keselamatan di negara yang jarang berlaku keganasan senjata api.

    Insiden itu akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Ketua NPA, Itaru Nakamura, selepas beliau mengakui terdapat ‘kekurangan dalam pelan keselamatan dan penilaian risiko di mana mereka ditetapkan’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda