Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jepun tolak ujian senjata antisatelit

    MOSCOW, 13 SEPT – Kerajaan Jepun memutuskan untuk menolak ujian senjata antisatelit bagi menggalakkan perbincangan mengenai tatalaku yang bertanggungjawab di angkasa lepas, lapor Sputnik.

    “Keputusan itu adalah hasil daripada pertimbangan Kerajaan Jepun selepas Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tidak akan menjalankan ujian peluru berpandu antisatelit (ASAT) yang boleh mencetuskan ancaman pada April,” kata Kementerian Luar Jepun hari ini dalam satu kenyataan.

    Kementerian itu menekankan bahawa Tokyo mahu menggalakkan perbincangan secara aktif dalam kalangan masyarakat antarabangsa mengenai pembangunan norma tingkah laku bertanggungjawab di angkasa lepas.

    Pada masa yang sama, negara itu akan “terus memainkan peranan aktif untuk memastikan angkasa lepas yang selamat, stabil dan mampan.”

    Pada awal April, Naib Presiden AS Kamala Harris mengumumkan keputusan untuk mengharamkan ujian senjata antisatelit AS semasa lawatannya ke Pangkalan Angkatan Angkasa Lepas Vandenberg di negeri California. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...