Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, UAE bincang teknologi hijau

    TOKYO/DUBAI, 17 JULAI – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini untuk membincangkan kerjasama mengenai hidrogen bersih, ammonia dan bahan api karbon kitar semula menjelang rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Dubai tahun ini.

    Lawatan Kishida ke UAE, yang akan menganjurkan COP28 pada November hingga Disember, merupakan sebahagian daripada lawatan Teluk pertama oleh perdana menteri Jepun sejak mendiang Shinzo Abe pada 2020.

    Kishida tiba dari Arab Saudi, di mana dia bertemu pemimpin de facto Putera Mahkota Mohammed bin Salman semalam. Selepas perbincangan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, beliau akan menuju ke Qatar pada Selasa.

    Perdana Menteri Jepun merancang untuk menawarkan ‘teknologi penyahkarbonan termaju’ Jepun sebagai sebahagian daripada inisiatif tenaga hijau untuk Timur Tengah, katanya dalam surat terbuka yang disiarkan oleh agensi berita rasmi UAE, WAM.

    Kedutaan Tokyo mengesahkan komen tersebut.

    Di bawah inisiatif itu, UAE dan Jepun ‘akan berada pada kedudukan yang baik untuk bekerjasama dalam bidang berkaitan pengeluaran dan penggunaan hidrogen dan ammonia serta kitar semula karbon’, tambah Kishida. – AFP

    Perdana Menteri Fumio Kishida (kiri) duduk bersebelahan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi, Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan semasa Forum Perniagaan UAE-Jepun di Abu Dhabi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda