Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, UK meterai perjanjian kemudahan ketenteraan

    JEPUN, 6 JAN – Tokyo dan London merancang untuk memuktamadkan Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) mengenai kemudahan kerjasama pertahanan dan keselamatan semasa lawatan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida ke United Kingdom (UK) minggu depan, lapor Sputnik.

    Akhbar Jepun Yomiuri Shimbun yang memetik sumber kerajaan kelmarin melaporkan bahawa perjanjian itu bakal menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengetepikan sementara visa anggota tentera dan memudahkan pemeriksaan kastam peralatan semasa latihan bersama Jepun-UK. Rundingan kini di fasa akhir, menurut laporan itu.

    Kishida akan melawat UK pada Selasa dan Rabu depan sebagai sebahagian rangka lawatan ke beberapa negara Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat dari 9 hingga 13 Januari.

    Jika perjanjian itu ditandatangani, UK akan menjadi negara kedua yang memeterainya dengan Jepun.

    Sebelum ini, Jepun menandatangani RAA dengan Australia pada Januari 2022. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda