HANOI, 19 OKT – Perdana Menteri Jepun, Yoshide Suga hari ini mengadakan sidang kemuncak luar negara pertama semenjak mengambil alih jawatan bulan lalu, mencapai kesepakatan dengan rakan sejawatan Vietnam untuk mempertingkatkan pertahanan dan kerjasama keselamatan di rantau ini.
Dalam rundingan di Hanoi hari ini, Suga dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc menetapkan satu persetujuan dasar bagi membenarkan Jepun mengeksport peralatan pertahanan dan teknologi ke Vietnam.
Menurutnya, Vietnam merupakan rakan penting dalam visi Indo Pasifik Bebas dan Terbuka. Jepun sebagai sebuah negara Indo-Pasifik akan terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Turut mengiringi Suga ialah isterinya Mariko Suga.
Vietnam dan Jepun mula menjalin hubungan diplomatik pada 21 September 1973.
Jepun adalah rakan ekonomi penting Vietnam termasuk menjadi pelabur kedua terbesar dan rakan dagang keempat terbesar. – Bernama/AP