Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerangau tumbuh di habitat separa akuatik

    MUNGKIN ada antara kita yang belum tahu bahawa jerangau atau Acorus Calamus ialah sejenis tumbuhan herba saka yang tumbuh di habitat separa akuatik yang berair dan lembap. Tumbuhan ini tumbuh di dalam rumpun dan menghasilkan rizom yang berwarna putih kekuning-kuningan di bawah permukaan tanah.

    Pembiakan jerangau adalah menerusi rizomnya yang berada di bawah tanah. Rizomnya agak unik kerana mempunyai aroma seakan-akan bau sitrus dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini mempunyai daun yang berbentuk tirus, nipis, licin dan meruncing ke hujung. Saiznya dapat mencapai ketinggian hingga dua meter.

    Bunga jerangau pula berwarna kuning, bersaiz halus dan tersusun rapat dalam jambak bunga. Jerangau dipercayai berasal dari kawasan bersuhu sederhana di benua Asia. Kini, tumbuhan ini tersebar luas di negara beriklim sederhana dan kawasan tropika.

    Pembiakan jerangau adalah menerusi rizomnya yang berada di bawah tanah. Rizomnya agak unik kerana mempunyai aroma seakan-akan bau sitrus dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini mempunyai daun yang berbentuk tirus, nipis, licin dan meruncing ke hujung. – Agensi

    Herba ini dikenali sebagai Daringo atau Jerango di Indonesia, Lubigan atau Daraw di Filipina, Hang Khao Nam di Laos dan Kha Chiang Chee di Thailand. Nama Inggeris bagi jerangau pula ialah Sweet Flag, Sweet Root atau Calamus.

    Kegunaan jerangau tercatat dalam rekod lama ketika era kegemilangan tamadun Greek, Rom dan Mesir. Pada waktu itu, rizom jerangau dijadikan bahan komoditi dalam perdagangan dan tersebar luas di seluruh benua Eropah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda