Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – QAF Auto selaku pengedar tunggal kereta BMW di Brunei, mengadakan Jerayawara BMW yang berlangsung di One Riverside bermula hari ini hingga hujung minggu dengan tawaran khas sebelum Ramadan.
Tawaran sebelum Ramadan berkenaan merangkumi pembiayaan khas untuk BMW X1, BMW X2 dan BMW X3 yang mana promosi akan berjalan sehingga penghujung Jun depan.
Jerayawara mempamerkan empat model BMW terbaharu daripada QAF Auto iaitu BMW 118i M Sport, BMW 218i Gran Coupé M Sport, BMW X1 sDrive18i xLine dan BMW X2 sDrive20i M Sport X. Di samping itu, pelanggan yang memandu uji semasa jerayawara berkenaan akan disajikan kopi dan kek daripada Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL).
