Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Tiga peserta yang menjugel bola paling lama akan berpeluang menerima baucar sukan dalam Cabaran Menjugel Nissan Brunei semasa Jerayawara Demam Bola Sepak Nissan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Beli-belah Onecity.
Di samping menyertai cabaran itu, Nissan turut mempamerkan body kit dan rim Nissan Almera N-TECH yang dinanti-nantikan.
Selain itu, baucar minuman yang terhad juga diberikan kepada pengunjung yang mengambil swafoto bersama Almera N-TECH baharu dengan body kit dan rim.
Jerayawara juga mempamerkan kereta-kereta lain termasuk Nissan Terra, Nissan Navara Pro-4X dan Nissan Magnite.
Almera N-TECH tampil dengan rekaan dinamik moden, ditambah dengan gril hadapan yang menarik dengan reka bentuk boomerang, malah rekaan dalaman kereta tersebut juga tidak kurang hebat.

Papan pemuka berwarna biru yang unik menambah sentuhan kecanggihan pada kabin, manakala tempat duduk Zero Gravity yang direka secara artistik memberikan pemanduan tanpa keletihan seperti yang lain.
Tambahan pula, Almera menawarkan ciri-ciri canggih seperti pengecasan tanpa wayar dan cruise control, menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan santai dalam perjalanan jauh.
Sementara itu, Nissan Terra pula merupakan kereta SUV yang lasak dan dinamik, dengan enjin Diesel Turbo Common Rail 2.5-L.
Nissan Navara Pro-4X pula sesuai untuk mereka yang menuntut kuasa dan serba boleh dengan enjin 2.5L Diesel Turbo. Trak pikap yang lasak dan bergaya ini dibina untuk menakluki kedua-dua jalan bandar dan cabaran luar jalan.
Manakala itu, Nissan Magnite yang dilengkapi dengan enjin 1.0L Turbo adalah SUV yang bersaiz padat tetapi besar dalam gaya dan ciri.
Ia menggabungkan reka bentuk moden dan teknologi canggih yang mengagumkan seperti Around View Monitor yang membolehkan pemandu melihat persekitaran kereta seperti yang dilihat dari atas dan sekeliling kereta untuk keselamatan dan kemudahan tempat letak kereta.
Selain itu, bantuan Hill Start juga membolehkan pemandu menukar pedal dengan mudah daripada brek ke pemecut dan memulakan perjalanan di bukit dengan lebih selamat.
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk melawat jerayawara tersebut bagi memahami kenderaan Nissan yang berbeza dan ciri-cirinya yang sesuai dengan semua demografi pilihan.