Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan di UTB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Autoriti Monetari Negara Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pendidikan, Junior Achievement (JA) Brunei dan beberapa institusi kewangan telah meneruskan Jerayawara Kesedaran Kewangan yang keempat bersempena Hari Menabung Kebangsaan 2019 di Universiti Teknologi Brunei (UTB), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad yang seterusnya melihat lebih dekat lagi aktiviti interaktif yang disediakan pada jerayawara berkenaan.

    Turut hadir Pemangku Naib Canselor UTB, Haji Ady Syarmin bin Haji Mohd Taib serta pegawai-pegawai kanan dari AMBD dan UTB.

    Jerayawara antara lain bertujuan untuk melengkapkan mahasiswa universiti dengan kemahiran pengurusan kewangan sebelum menjejak ke alam pekerjaan dan dalam masa yang sama, memupuk gaya hidup kewangan yang sihat.

    Pada jerayawara itu, lebih 100 orang mahasiswa UTB tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti interaktif yang bertemakan pengurusan kewangan.

    Jerayawara Kesedaran Kewangan yang terakhir sempena Hari Menabung Kebangsaan 2019 akan diadakan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 5 Ogos ini.

    Yang Berhormat Awang Iswandy menyaksikan salah satu aktiviti semasa jerayawa kewangan sempena Hari Menambung Kebangsaan 2019 di UTB, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda