Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jerayawara hayati kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 19 MEI – Kepentingan akal dalam memperkembangkan potensi diri seseorang merupakan wadah utama yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti dari semua sudut duniawi dan ukhrawi.

    Dengan mengaplikasikan maqasid memelihara akal, maka potensi akal dapat diperkembangkan secara yang lebih konstruktif. Hal ini merupakan antara kunci yang menjadi faktor kebangkitan sesebuah negara dalam mendepani cabaran global yang menjadi tanda aras kemajuan sesebuah negara.

    Perkara tersebut merupakan inti pati yang diutarakan dalam Jerayawara Penghayatan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah Bagi Daerah Tutong, yang diadakan petang tadi bertempat di Dewan Besar, Mahad Islam Brunei, Daerah Tutong.

    Jerayawara kelolaan Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut.

    Penganjuran jerayawara berkenaan antara lain bertujuan menjelaskan kefahaman maqasid pemeliharaan akal menurut Al-Quran, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengaplikasi maqasid pemeliharaan akal dalam pembangunan modal insan menurut Al-Quran.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan; Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad; pegawai-pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai utama KUPU SB; pegawai dan kakitangan kerajaan; para guru dan penuntut-penuntut sekolah.

    Jerayawara bertemakan Aplikasi Maqasid Memelihara Akal dalam Pembangunan Modal Insan Menurut Al-Quran itu mengetengahkan tiga orang ahli panel iaitu Profesor Madya Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan KUPU SB, Profesor Madya Dr Muhammad Zahiri bin Awang Mat; Profesor Fakulti Syariah UNISSA, Profesor Dato’ Dr Haji Zulkifli bin Haji Muda dan Profesor Madya Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama’ah KUPU SB, Profesor Madya Dr Muhammad Yusuf Khalid.

    Jerayawara dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Jaya bin Haji Metusin.

    Jerayawara turut diserikan dengan pameran daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU.

    Awang Salminan semasa menyaksikan pameran sejurus sesi perbincangan jerayawara tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Sesi pembentangan yang diadakan semasa acara tersebut. GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara yang hadir bagi sama-sama menyaksikan jerayawara berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Pemberigaan RKN12 ke Tutong

    Oleh Sim Y. H. TUTONG, 19 NOV - Dengan matlamat...

    Restoran longgok bekas dahan pokok kena kompaun $2,000

    Oleh Sim Y. H. -  TUTONG, 11 NOV – Sebuah...

    RTB anjur jerayawara bersama warga Tutong

    Oleh Sim Y. H. TUTONG, 22 OKT - Dalam usaha...

    Syarikat dikompaun $2,000 akibat buang bekas tayar

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT -...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...