Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bariga maklumat, fungsi ASEAN

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Sebagai usaha membarigakan dan memberikan pendedahan mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI, telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN yang berlangsung di Dewan Kolaboratif, Sekolah Menengah Rimba, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, jerayawara berkenaan dihadiri 149 orang pelajar Tahun 7 sekolah berkenaan.

    Turut hadir pada jerayawara itu ialah pengetua sekolah, Awang Abdul Halim bin Haji Bujang serta para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, dengan tujuan menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Para pelajar juga berkesempatan mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Awang Abdul Halim.

    Selain membarigakan mengenai ASEAN, jerayawara itu juga merupakan usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa serta seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Awang Eddy Iswandy semasa menyampaikan taklimat.

     Suasana sekitar taklimat berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda