Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jerayawara Kenali ASEAN di SMSA

    BELAIT, 11 JULAI – Dalam hasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bagi 196 orang pelajar Tahun 7 dan Tahun 8 Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) yang bertempat di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Hajah Mazizan binti Haji Mohammad dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat Kenali ASEAN yang disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Awang Eddy Iswandy menerima cenderahati semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar yang hadir semasa jerayawara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Mesyuarat ASSC pastikan ASG berjalan lancar

    Oleh Sim Y.H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV –...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...