Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Jerayawara Kenali ASEAN tingkat kesedaran pelajar

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN di Dewan Melati, Sekolah Menengah Menglait, kelmarin.

    Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Program yang dianjurkan selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI itu juga bagi menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat, khususnya pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara pada masa depan.

    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Para pelajar turut berpeluang mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN yang bertujuan menguji pengetahuan mereka mengenai ASEAN dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesatuan dalam kalangan negara-negara ASEAN.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Hajah Khadijah binti Haji Mohd Salleh, para tenaga pengajar dan 324 orang pelajar Tahun 7 dan 8 sekolah berkenaan.

    Suasana semasa sesi Kuiz Kenali ASEAN diadakan yang disertai oleh para pelajar Sekolah Menengah Menglait. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...