Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara Kesedaran Kewangan agar celik kewangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecelikan kewangan dalam kalangan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak dengan sempena Hari Menabung Kebangsaan (NSD) 2024, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Kementerian Pendidikan menganjurkan Jerayawara Kesedaran Kewangan yang pertama di Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri, Brunei Muara, hari ini.

    Jerayawara berkenaan dijayakan dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP), Cyber Security Brunei (CSB) dan beberapa institusi kewangan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran jerayawara berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Celik Kewangan (MKCK).

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BDCB dan Timbalan Pengerusi MKCK, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan BDCB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan dan BDCB.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Urusan BDCB, Hajah Rokiah binti Haji Badar menekankan kepentingan celik kewangan dan menzahirkan harapan supaya pengetahuan diperoleh akan mengukuhkan kefahaman para pelajar mengenai pengurusan kewangan secara praktikal yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.

    Tetamu kehormat ketika mengunjungi pameran Jerayawara Kesedaran Kewangan bersempena Hari Menabung Kebangsaan Kali Ke-10. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda