Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jerayawara Kesihatan Buah Pinggang disambut meriah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 29 OKT – Sebagai acara susulan kepada Majlis Pelancaran Jerayawara Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2023 yang telah diadakan pada Mei lalu, Kementerian Kesihatan telah melaratkan jerayawara berkenaan di Daerah Tutong, di kawasan Hua Ho Petani Mall, Pekan Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada jerayawara anjuran bersama Jabatan Daerah Tutong berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri yang sekali gus turut menyertai sesi pemanasan badan dan acara riadah berbasikal sejauh 16 kilometer sebagai antara pengisian acara.

    Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta pegawai-pegawai kerajaan.

    Jerayawara berkenaan turut dimeriahkan dengan aktiviti Fun Walk Cosplay sejauh 3.2 kilometer selain Pameran Kesihatan Buah Pinggang, pemeriksaan kesihatan percuma, Coffee Talk Bersama Pegawai Perubatan, Demo Masakan Makanan Sihat, pertandingan mewarna dan permainan dan kuiz.

    Sebagaimana jerayawara-jerayawara yang telah diadakan di daerah-daerah lain, ia bertujuan untuk terus meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang serta masalah yang berkaitan dengannya.

    Awang Mohammad Sofian dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz semasa menyertai acara riadah berbasikal sejauh 16 kilometer sebagai antara pengisian acara. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Awang Mohammad Sofian dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz semasa menyertai sesi pemanasan badan sebelum acara berbasikal dimulakan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...