Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara ketengahkan model Nissan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Nissan Brunei mengadakan Jerayawara Diinspirasikan oleh Nissan Z yang berlangsung di The Mall, Gadong bermula pada hari ini hingga hujung minggu dari pukul pagi hingga malam.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan kereta keluarga atau kereta baharu boleh berkunjung ke jerayawara berkenaan dimana mereka berpeluang untuk mendapatkan maklumat menerusi sesi konsultasi dengan eksekutif jualan Nissan. Acara itu dihasratkan untuk menjana kesedaran mengenai model-model Nissan seperti Nissan Almera Turbo, Nissan X-Trail, Nissan Terra dan Nissan Urvan termasuk promosi dan tawaran istimewa.

    Sepanjang jerayawara tiga hari itu, salah sebuah kereta yang diketengahkan ialah Nissan Almera Turbo terbaharu, di mana sedan sportif 1.0L turbocharged itu diperkenalkan dengan versi rekaan terkininya dilengkapi bodykit bergaya dan rim yang dikenali sebagai edisi Champion. Selain keseronokan mendapatkan sebuah kereta Nissan baharu, para pelanggan yang membuat pembelian mana-mana model Nissan yang dipamerkan semasa tempoh jerayawara berkenaan adalah layak untuk mendapatkan penginapan dua hari satu malam di Hotel Rizqun tertakluk kepada syarat dan terma.

    Di samping itu, dua orang pemenang bertuah iaitu Awang Muhammad Syazawan Salahuddin bin Abdul Latif dan Awang Abdul Muazzam bin Haji Abdul Malik yang memenangi hadiah ke Bangkok dalam Promosi Nissan Sawaddee pada Februari lalu telah diumumkan semasa jerayawara berkenaan. Hadiah bagi pemenang bertuah itu telah disampaikan oleh Pengurus Jualan Nissan, Boustead Sdn Bhd, Haji Shahrum bin Haji Jaafar.

    Awang Muhammad Syazawan Salahuddin dan Awang Abdul Muazzam diumumkan sebagai pemenang hadiah Promosi Nissan Sawaddee.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda