Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara kewangan di KIGS

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Autoriti Monetari Negara Brunei Darussalam (AMBD), dengan kerjasama Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP), Kementerian Pendidikan, Junior Achievement (JA) Brunei dan beberapa institusi kewangan telah menganjurkan Jerayawara Kesedaran Kewangan ketiga bersempena Hari Menabung Kebangsaan 2019 di Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh dan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga ketua kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan AMBD dan TAP serta pihak pengurusan kanan KIGS.

    Jerayawara dihadiri lebih 100 pelajar dari KIGS dan Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti interaktif bertemakan pengurusan kewangan yang dianjurkan bersama oleh AMBD, JPKE, TAP, Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM), Persatuan Perancang Kewangan (FPAB), JA dan institusi-institusi kewangan yang turut serta.

    Jerayawara selain menyemai kesedaran perancangan kewangan, ia juga melengkapkan pelajar peringkat universiti dan institusi pengajian dengan kemahiran pengurusan kewangan sebelum menempuh alam pekerjaan serta memupuk gaya hidup kewangan yang sihat.

    Menurut kenyataan AMBD, Jerayawara Kesedaran Kewangan yang seterusnya akan diadakan di Universiti Teknologi Brunei (UTB) pada 1 Ogos (esok).

    Acara kemuncak bagi Hari Menabung Kebangsaan 2019 ialah Financial Fun Fair yang akan diadakan di Jerudong Park Colonnade pada 17 dan 18 Ogos ini.

    Pelbagai program dan aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga akan diadakan termasuk persembahan khas daripada Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei, Financial Race dan Eco-Tech Financial Costume Competition.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed menyaksikan salah satu pameran yang diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda