
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Autoriti Monetari Negara Brunei Darussalam (AMBD), dengan kerjasama Jabatan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi (JPKE) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP), Kementerian Pendidikan, Junior Achievement (JA) Brunei dan beberapa institusi kewangan telah menganjurkan Jerayawara Kesedaran Kewangan ketiga bersempena Hari Menabung Kebangsaan 2019 di Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) hari ini. (Klik di sini untuk cerita lanjut)