Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara Mazda di The Mall

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Mazda, yang diedarkan secara eksklusif oleh Grand Auto Sdn Bhd, dengan bangganya mengumumkan penganjuran jerayawara istimewa bertajuk Art of Motion: A Mazda Experience, yang berlangsung dari 2 hingga 6 Julai di The Mall, Gadong.

    Acara selama lima hari itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami secara dekat keunikan reka bentuk Mazda yang tersendiri, prestasi dinamik serta teknologi inovatif yang ditawarkan oleh jenama automotif terkemuka itu.

    Sepanjang tempoh jerayawara, para pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif yang hanya ditawarkan semasa acara berlangsung.

    Pelanggan yang membuat pembelian kenderaan Mazda semasa jerayawara itu akan menerima diskaun istimewa serta perkhidmatan penyelenggaraan pertama secara percuma, sekali gus memberikan nilai tambah dan ketenangan minda.

    Orang ramai dijemput untuk mengunjungi jerayawara tersebut dan merealisasikan impian awda untuk memiliki kereta Mazda.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial rasmi Mazda atau hubungi bilik pameran Mazda yang terdekat.

    ATAS & BAWAH: Kenderaan Mazda yang dipamerkan pada jerayawara tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda