Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Jerayawara pamer 2 model pilihan Nissan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Orang ramai khususnya para peminat kenderaan jenama Nissan kini berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dua model pilihan yang dipamerkan semasa jerayawara anjuran Nissan Brunei yang diadakan bermula hari ini hingga 7 Ogos dan 12 hingga 14 Ogos.

    Jerayawara yang berlangsung di kawasan perkarangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) itu mengetengahkan model Nissan Almera (Turbo) dan Nissan Terra (2WD).

    Kedua-dua kereta Nissan yang dipamerkan itu mengetengahkan ciri Nissan Intelligent Mobility yang merupakan antara kereta yang mempunyai inovasi teknologi canggih dalam industri automotif.

    Semasa acara itu, setiap pengunjung yang berminat boleh menikmati Italian ices percuma daripada penjual tempatan terkenal, Silly Ice dan bagi kanak-kanak pula berpeluang untuk membawa pulang balun twisted percuma.

    Dengan sempadan dibuka semula pada 1 Ogos lalu, Nissan Brunei mempunyai promosi tawaran bagi tempoh yang terhad bagi setiap prospek semasa tempoh jerayawara itu sahaja.

    Prospek yang membuat pertanyaan dan berjaya untuk mendaftar bagi model Nissan terpilih akan secara eksklusif berhak menerima bagi Nissan Almera (Turbo), penginapan tiga hari dua malam di Pullman, Miri dan bagi Nissan Terra (2WD), penginapan empat hari, tiga malam di Pullman berserta baucar membeli-belah bernilai $1,000, tertakluk kepada syarat serta terma.

    Nissan Almera dan Nissan Terra yang dipamerkan semasa jerayawara di perkarangan Kompleks Yayasan. – Gambar serahan Nissan Brunei
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...