Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara Shell tawar promosi, aktiviti menarik

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Dengan matlamat untuk mengetengahkan produk serta inovasi terkini Shell dengan menawarkan aktiviti menyeronokkan, mencabar serta pengalaman yang menarik bagi para pengunjung, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah mengadakan Jerayawara Shell Experiential di The Mall, Gadong, selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September.

    Jerayawara itu dibukakan kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 9 malam di mana salah satu acara kemuncak berkenaan adalah cabutan utama bagi promosi Rewarding Journeys with Shell, yang akan diadakan pada 28 September dari 7:30 malam.

    Sementara itu, seramai 10 finalis yang terpilih semasa cabutan langsung pada 23 September lalu akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat termasuk hadiah utama berupa Vespa Sprint. Hadiah-hadiah menarik lain bakal menanti para pemenang bertuah adalah hadiah kedua iaitu baucar pelancongan bernilai $6,500 dan hadiah ketiga iaitu baucar elektronik bernilai $1,000.

    Di antara aktiviti menarik yang dianjurkan semasa jerayawara berkenaan ialah sesi Shell Product Knowledge di mana ia mengongsikan manfaat dan ciri-ciri produk peringkat atasan Shell dan kempen keselamatan lalu lintas yang mengetengahkan kesedaran titik buta Road Tanket Carrier (RTC).

    Cabaran Shell Journey to Rewards mengetenghkan permainan interaktif dan cabaran-cabaran yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk memenangi ganjaran dan hadiah-hadiah menarik.

    Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke jerayawara tersebut dan mengambil bahagian dalam cabaran serta mengetahui mengenai tawaran terkini Shell.

    Pengunjung semasa menghadiri jerayawara Shell yang menawarkan aktiviti menyeronokkan. – GAMBAR SERAHAN BSM
    Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan semasa jerayawara. – GAMBAR SERAHAN BSM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda