Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Jerayawara tawar ganjaran menarik

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Pelbagai ganjaran hebat lagi menarik bakal menanti orang ramai pada jerayawara Exciting Adventures Await anjuran Bank Baiduri yang akan berlangsung di ruang legar Atrium The Mall, Gadong pada hujung minggu ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini, semasa jerayawara tiga hari itu, pihak bank akan terus menawarkan ganjaran menarik untuk pemegang kad-kad Visa Royal Brunei (RB) di mana 50 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar untuk mana-mana kad Visa berkenaan dan membelanjakan jumlah minimum dalam bulan pendaftaran akan layak menerima 5,000 Royal Skies miles dan baucar Hua Ho bernilai $10.

    Dalam pada itu, para pemohon yang berjaya juga akan menyertai cabutan untuk memenangi baucar makan bernilai $100, baucar RB bernilai $100, 35,000 Royal Skies miles atau satu set bagasi yang mana pemenangnya akan diumumkan dua minggu selepas jerayawara tersebut.

    Selain itu, jerayawara berkenaan juga akan dimeriahkan dengan aktiviti kuiz di mana peserta akan berpeluang memenangi baucar atau barangan RB.

    Pada masa yang sama, pasukan RB juga akan hadir pada jerayawara itu dan para pelanggan akan dapat mendaftar untuk akaun Royal Skies sekali gus menyertai aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di petak pameran mereka.

    Kenyataan turut mengongsikan ganjaran istimewa akan diberikan kepada orang ramai, bukan hanya bagi pemegang kad Bank Baiduri bahkan juga bank-bank lain, yang membelanjakan jumlah minimum bagi mana-mana barangan jualan peniaga di The Mall.

    Mereka hendaklah mengemukakan resit di kaunter penebusan di petak Bank Baiduri untuk menebus hadiah namun ia hanya terhad kepada 100 peserta terawal. Di samping itu, pelbagai tawaran juga akan disediakan untuk produk lain di bawah Bank Baiduri dan anak-anak syarikatnya.

    Antaranya orang ramai yang memilih perundingan insurans hayat akan menerima goody bag yang mengandungi barangan menarik daripada pihak bank; dan bagi mereka yang mendaftar pula akan diberikan peluang segera untuk memenangi pelbagai baucar hadiah.

    Sementara itu, 20 pelanggan pertama setiap hari yang melabur jumlah minimum untuk Unit Trust dengan Baiduri Capital akan menerima sekaki payung. Manakala itu, orang ramai yang mendaftar untuk pinjaman peribadi dan pinjaman pemilikan rumah berpeluang mendapat kadar faedah efektif yang menarik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...