Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara tingkat kesedaran pelajar mengenai ASEAN

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI, hari ini, telah meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN dengan kali ini diadakan di Sekolah Sukan.

    Jerayawara tersebut bertujuan memberigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini kerana mereka merupakan golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini.

    Jabatan Penerangan dalam kenyataannya berkata, jerayawara tersebut juga dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Semasa jerayawara, pelajar-pelajar diberi taklimat bagi menanamkan kesedaran dan rasa milik dalam kalangan mereka sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti serta mengenai Wawasan Brunei 2035.

    Ia dapat meningkatkan kesedaran penuntut-penuntut tentang perkembangan negara di mata serantau serta menjadi pencetus semangat bagi mereka agar dengan lebih gigih untuk memajukan tanah air agar Wawasan 2035 dapat direalisasikan.

    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan.

    Semasa jerayawara tersebut ialah Pengetua Sekolah Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Rahim yang hadir selaku tetamu kehormat turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada 10 orang penuntut yang berjaya menjawab Kuiz ASEAN.

    Program Jerayawara Kenali ASEAN merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan dalam kalangan penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, dalam masa yang sama juga mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntut-penuntut di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda