Oleh Salawati Haji Yahya Gambar oleh Lyna Mohamad BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama Pusat Membeli-Belah Hua Ho Manggis mengendalikan sesi jerayawara sempena Kempen Kesedaran Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit yang berlangsung bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini. Jerayawara itu merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena dengan kempen