Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI Keprihatinan terhadap kesan perubahan iklim dan peningkatan tekanan terhadap penggunaan tanah menjadi antara fokus utama dalam Mesyuarat ke-26 Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri-menteri Sub-Serantau (MSC ke-26) mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berlangsung hari ini. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda

