SINGAPURA, 18 SEPT – Kualiti udara di Singapura telah mencapai tahap ‘tidak sihat’ di seluruh pulau itu pagi ini dengan bacaan Indeks Standard Pencemaran 24 jam (PSI) mencecah sehingga 120.
Pada 9 pagi, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata bacaan itu itu berkisar antara 105 dan 120 dengan tertinggi di bahagian selatan republik itu. – Bernama