Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman bangkit mara ke separuh akhir

    DORTMUND, 24 MAC – Jerman terselamat daripada kebangkitan Itali pada separuh masa kedua apabila mensia-siakan kelebihan tiga gol selepas ketinggalan jaringan untuk seri 3-3 di Dortmund kelmarin, sebelum mara ke separuh akhir Liga Negara-negara dengan agregat 5-4.

    Menerusi sepakan penalti Joshua Kimmich pada separuh masa pertama, dibantu oleh dua gol daripada Jamal Musiala dan Tim Kleindienst, meletakkan Jerman selesa mendahului 3-0 pada waktu rehat.

    Bagaimanapun, Itali yang dibelenggu kecederaan mula bangkit pada separuh masa kedua, dengan Moise Kean menjaringkan dua gol untuk menggugat pasukan tuan rumah.

    Itali kemudiannya mengatur corak permainan dengan hampir menyamakan kedudukan apabila mereka diberikan sepakan penalti pada minit ke-73, akan tetapi keputusan itu dibatalkan oleh VAR.

    Giacomo Raspadori kemudian menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memberikan sedikit harapan pada Itali.

    Keputusan itu bukan sahaja memastikan Jerman mara ke separuh akhir Liga Negara-negara buat kali pertama dalam sejarah mereka, di mana mereka akan menentang Portugal, tetapi ia bermakna baki kejohanan juga akan diadakan di Jerman iaitu di Stuttgart dan Munich pada Jun nanti.

    Walaupun mengalami detik cemas pada separuh masa kedua, kemenangan itu terus mengukuhkan kebangkitan Jerman di bawah kendalian Julian Nagelsmann.

    Satu-satunya kekalahan Jerman dalam 17 perlawanan terakhir mereka adalah pada masa tambahan di Euro 2024 menentang juara akhirnya Sepanyol di suku akhir. – AFP

    Pemain pertahanan Jerman, Nico Schlotterbeck (kiri), bersaing untuk mendapatkan bola dengan Raoul Bellanova semasa perlawanan bola sepak di Stadium San Siro di Milan pada 20 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda