Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Jerman ‘bersemangat’ cipta kejayaan

    MUNICH, 14 JUN – Tuan rumah Jerman akan memulakan Euro 2024 hari ini di Munich menentang Scotland, permulaan perjalanan yang diharapkan oleh juara benua tiga kali itu akan berakhir dengan kemenangan dalam perlawanan akhir di Berlin pada 14 Julai.

    Selepas tiga kejohanan berturut-turut yang mengecewakan – termasuk tersingkir dalam peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018 dan 2022 – pasukan Julian Nagelsmann menyahut cabaran untuk meletakkan Jerman kembali dalam kalangan pasukan teratas di Eropah.

    Tiga kemenangan dalam 11 perlawanan tahun lepas telah mengurangkan jangkaan yang sudah rendah, tetapi di bawah Nagelsmann, jangkaan kelihatan semakin baik, dan sokongan daripada penyokong juga semakin meningkat.

    Ini merupakan kejohanan utama lelaki pertama Jerman sebagai tuan rumah sejak Piala Dunia 2006, dan mereka berhasrat untuk mencipta keajaiban yang membantu menghidupkan semula semangat untuk pasukan kebangsaan selepas berada dalam keadaan lesu.

    “Saya fikir, adalah perkara biasa jika awda berasa sedikit tekanan sebelum kejohanan dan sebelum perlawanan penting seperti ini,” kata Nagelsmann yang berusia 36 tahun itu kelmarin.

    “Pemain-pemain kami bersemangat, mereka mahu mencipta kejayaan, mereka dahagakan keputusan yang lebih baik daripada kejohanan-kejohanan sebelum ini.

    “Saya mahu negara kita memberikan semangat kepada kami. Kami mahu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri,” tambah Nagelsmann.

    Jerman dijangka akan menjadi pasukan teratas dalam Kumpulan A, yang turut menampilkan Hungary dan Switzerland, berdasarkan kualiti yang mereka miliki, daripada pemain tengah veteran, Toni Kroos hingga bintang muda seperti Florian Wirtz dan Jamal Musiala. – AFP

    Gambar AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...