Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Jerman bimbang situasi di Ukraine

JERMAN, 1 Feb – Canselor Jerman, Angela Merkel melahirkan rasa bimbang atas pelanggaran satu perjanjian gencatan senjata di timur Ukraine, mengatakan situasi di darat “membimbangkan”.

Merkel memilih isu Ukraine itu pada sidang akhbar yang diadakan di sini menjelang rundingannya bersama Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

Canselor itu berkata perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani dua tahun lalu di ibu negeri Belarus, Minsk telah gagal, mengatakan bahawa perhatian pihak-pihak berwajib perlu bekerjasama dalam melaksanakan gencatan senjata itu meskipun laluannya sukar.

Merkel melahirkan rasa bimbangnya mengenai situasi di timur Ukraine. – AFP
Merkel melahirkan rasa bimbangnya mengenai situasi di timur Ukraine. – AFP

Merkel menjelaskan situasi konflik-konflik di antara tentera Ukraine dan pihak-pihak pemberontak di timur Ukraine sebagai “membimbangkan.”

Gencatan senjata Minsk telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine pada 12 Februari 2015 selepas beberapa rundingan intensif. – Xinhua

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda